
Sesekali Kita Perlu Menyalahi Kelaziman dan Menyanggahi Kebiasaan. Apatah Lagi Demi Kelangsungan SUNNAH. Solat Sambil Memakai Kasut Adalah Sunnah Nabi, Tapi Orang Melayu Melihat Amalan Ini Sebagai Janggal Dan Jelik. Lalu Dihukum Sebagai Wahhabi.
Islam Ala Melayu Juga Melihat Dengan Penuh Janggal Apabila Umat Islam Berkunjung Ke Rumah Ibadat Penganut Agama Lain, Lalu Dituduh Sebagai Islam Liberal. Pesan Saya, Islamlah Sebagaimana Dituntut Oleh Al-Quran dan Sunnah.
“Abdullah bin ‘Amr bin al-Ash dia berkata : ” Aku pernah melihat Rasulullah mengerjakan solat dengan kaki telanjang (tidak berkasut) dan berkasut”. Hadis riwayat Ahmad no.6627, Abu Daud no.653, Ibn Majah no. 1038.
Jadi Ke Arah Mempromosikan SUNNAH JUNJUNGAN, Maka Elok Benar, Jika Kita BerSolat Dengan Memakai Kasut, Terutamanya Ketika Bersolat Di Kawasan Selain Dalam Rumah, Masjid Dan Surau( Seperti Di Padang, Airport, Kebun Dan Sebagainya)
Munkin Ada Yang Meragui Tahap Kebersihan Kasut. Tentang Ini Nabi S.A.W Dah Beri Formula Penyelesainnya “ …. Jika salah seorang diantara kamu mendatangi masjid, maka tengklah kasutnya. Kemudian lihatlah, jika ada kotoran (najis) pada keduanya, maka gosok-gosokkanlah ke tanah, setelah itu solatlah dengan memakai keduanya”. hadis riwayat Ahmad no. 1153, Abu Daud no. 605, Ibn Khuzaimah no. 1017. Pentahqiq kitab al-Musnad Imam Ahmad mensahihkannya.
Islam Itu Tinggi Dan Tiada Yang Lebih Tinggi Darinya. Namun Islam Itu Mudah Dan Tak Pernah Membebankan Penganutnya.
Islam itu Indah...
ReplyDeleteIslam itu Mudah...
Hanya manusia yg lalai & leka sahaja yg selalu menidakkan ke-indah-an & ke-mudah-an Islam..